Jelajah Di Bumi Allah SWT

on Monday, April 29, 2013
Assalamualaikum wbt...

Baqarah [117] Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia.

Kesempatan yang Allah berikan adalah satu anugerah bagiku..sungguh bumi Allah ini sangat indah..Subhanallah, Allahu Akbar..

Jelajah di bumi Allah, United Arab Emirates (UAE) benar-benar membuka hatiku atas kekuasaanNya dan kehebatanNya mencipta dunia ini...
Nur [64] Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Sekadar ingin berkongsi gambar jelajah di UAE...(Dubai, Sharjah, & Ajman)



Tenangkan Hati Dengan UjianNya

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu...





Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah ya Allah, Kau masih berikan aku nikmat iman dan islam di dalam hatiku dan ku pohon padaMu jangan sesekali hilangkannya..ameen..

Ya Allah..berat ujianMu namun manisnya ia terasa seringkali menyelubungi hatiku...
Ya Allah..benar hidup ini penuh onak berliku, hanya hati yang sentiasa dekat denganMu akan merasa tenang setiap kali Kau menguji..berikanlah ketenanganMu kepada hatiku ini..

Aku sedar betapa hinanya aku di dunia ini..hidupku ini penuh berliku, hanya doa padaMu yang dapat kupanjatkan dengan harapan Kau kuatkanlah hatiku..Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Ya Allah..sepanjang hidupku ini, ujianMu silih berganti..ada yang menyangka aku ini lemah, ada yang menduga aku ini alpa..memang benar ya Allah, aku insan yang sering lemah dan alpa seringkali diberi ujian  dan nikmat dunia daripadaMu..aku hanya insan biasa yang sering membuat kekhilafan..ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang menggunung tinggi..

Ya Allah..Kau yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Kau yang mengetahui setiap titip niat yang bertandang di hatiku..

Ya Rabbi..alhamdulillah atas ujianMu..terasa manisnya menyelinap di setiap darahku..mungkin selama ini aku tersangat alpa dengan nikmat yang Kau berikan di dunia ini..

Ya Allah..doaku padaMu..
*** Kau tenangkanlah hati ibuku..bukakanlah hatinya untuk sentiasa memaafkan diri ini jika ada kekhilafanku yang menyingkap kedukaan di hatinya..berikanlah ibuku hati yang sentiasa tersenyum agar dia mampu menjalani hidup ini dengan kecintaan kepadaMu..hanya Kau yang mengetahui makna cintaku pada ibuku...
*** Kau tenangkanlah hati suamiku dengan setiap ujian yang menimpa kami...kuatkan hatinya untuk menerima segala onak duri sepanjang hidup kami bersama dan kau selamatkanlah kami dari segala kealpaan di dunia ini..berikanlah suamiku kekuatan untuk sentiasa membimbing keluarga kami ke landasan syurgaMu..hanya dia yang ku harapkan menjadi suamiku di dunia dan akhirat, ameen..

*** Ya Allah..hanya Kau yang mengetahui betapa diri ini mengimpikan zuriat yang dapat membawa sinar kebahagiaan di dalam hidup kami berdua..namun ku pasrah dan redha, sampai masanya pasti Kau akan kurniakanku cahaya mata pengubat hati nurani..hanya Kau yang mengetahui masa yang terbaik untuk kami menjadi ibu bapa mithali..semuanya dalam penguasaanMu..

*** Ya Allah..berikanlah daku ketenanganMu dan limpahkanlah kecintaanku kepadaMu, kepada agamaMu agar dapat ku bernafas dalam setiap keredhaanMu..Ameen ya rabbal alamin..



Terkadang Hati Berbicara....

on Friday, July 8, 2011


ولو انت عملتها بعد ما انا اطلبها يبقى مينفعش
فى حاجات تتحس ومتتقالش توجع فى القلب ومبتبانش
وافضل علطول تعبانه مابين طب اقولك ولا مقولكش

مقدرش اقولك غير كل طريقة حبك ليا
او غير عليا ولا فجأنى فى مرة وهاتلى هديه
الا عنيا بعمل حاجه انا مش عارفاها

مقدرش اقولك حلى الدنيا فى عينى وغير فيا
لو مهما كنت قريب منى وكنت قريب ليا
مقدرش اقولك شكل حياتنا اللى اانا عيزاها
اعرف لوحدك شكل حياتنا اللى انا عيزاها

اوقات بيبان انى سكت وهديت ورضيت واتعودت
مش معنى كده انك علطول تحسبنى انى استسلمت
وساعات بتحس انى زهقت مع انى بخبى انى تعبت
متوصلنيش ياحبيبى اقول ده ياريتنى اتكلمت


There are things that are felt and not spoken, and when I want to ask for them I cant
And if you do them after I ask for them, then there’s no use
There are things that are felt and not spoken, that hurt that heart but don’t show
And I stay tired all the time, between telling you or not saying a word

Sometimes it appears that I have stayed quiet and calmed down, pleased, and gotten used to it
This doesn’t mean that you think I have given up
And sometine you feel that I have gotten bored of this, though im just hiding the tiredness



~ alhamdulillah... Dia lah sahabat dan pendengar setia tatkala seluruh isi dunia ini tidak mahu mendengar keluahan kita....
~ jangan sesekali tidak mempedulikan Dia bila kau merasa gembira dengan nikmat dunia ini....
~ kita kena sentiasa berbicara denganNya dan mengucapkan syukur tak kira dalam gembira atau pun sedih...seperti mana kita mahu Dia sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan kita...Dia tidak akan menghampakan hambaNya yang sentiasa ingatkanNya dalam setiap keadaan...
~ Duhai hati ini...jangan kau sedih bila tiada teman yang mahu fahami dirimu...jangan kau gusar, jika tiada teman ingin dengar dan bersama dirimu bila kau susah...Dia ada selalu memerhatikan dirimu....dekati dirimu padaNya...insya Allah...hilang segala kesedihan, kesusahan, kepayahan....
~ bentangkan sejadah iman di malam hari.....sejukkan anggota mu dengan air wudu'....menghadap la Dia di sepertiga malam....merintih la....Dia sentiasa Baqo' yang akan mendengar...

~ Don't be sad...'La Tahzan inna Allah ma antum'...


Biar kau sendiri di dunia ini, di akhirat pasti Dia bersamamu...La Tahzan..




Mahabbah

on Tuesday, June 28, 2011
video



Cinta menuju jalan Illahi
Cinta haqiqi yang amat suci
Tenang terasa...rindu padaNya
Bila mendapat siraman hidayah

Lisan bertasbih...berzikir dengan ma'arifah
Taubat menyusul memohon maaf padaNya
Menyesali...menyesal...menyesal
atas dosa-dosa

Jiwa insani hidup bernadi
Tulus sejernih embun syurgawi
Saat melakar cinta sejati
Allah disembah sering diingati

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

Kesunyian jiwa...kegersangan iman...
Kehilangan bahagia...sesat di persimpangan
Pengajaran bayangan seksa dunia

Kembali...kembali...kembalilah...
pada Allah
Carilah...carilah...carilah...
CintaNya

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Kembali...kembali...kembalilah...pada Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

Wasiat Rasulullah SAW Buat Muslimah

Alhamdulillah, ana baru sahaja habis membaca buku kegemaran ana buat kali yang ke-4. Ana suka sangat buku ini kerana ianya mempunyai banyak peringatan buat ana dan muslimat yang lain, agar kita sentiasa peka dengan sunnah Rasullulah SAW. InsyaAllah, mulai hari ini ana akan isikan blog ana dengan intipati daripada buku yang ana baca kerana ilmu yang kita dapat haruslah dikongsi, ada keberkatan di sebaliknya. Daripada ana isikan blog ana dengan perkara-perkara yang melaghakan, lebih baik ianya dipenuhi dengan pesanan dan wasiat daripada kekasih Allah SWT.

Buku yang ana maksudkan itu adalah buku yang bertajuk “50 WASIAT  RASULULLAH UNTUK WANITA” oleh MAJDI AS-SAYYID IBRAHIM. Ana ingin meminta izin untuk menulis kembali sedikit sebanyak apa pengajaran dan peringatan yang ana dapat daripada pembacaan ana selama ini, dengan niat semoga pembaca blog ana juga dapat mengambil wasiat Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan hidup kita sehari-hari. Banyakkanlah berdoa agar segala apa yang kita lakukan dalam hidup kita adalah dalam keberkatanNya, insyaAllah.

Baiklah, ana mulakan tazkirah daripada buku ini dengan wasiat pertama daripada Baginda yang bertajuk:

1.  SELAMATKAN DIRI DARI API NERAKA
Pengajaran penting daripada wasiat yang pertama ini adalah antara amalan yang dapat menyelamatkan kita daripada panasnya api neraka iaitu dengan perbanyakkan istighfar dan bersedekah.
Dari Abu Sa’id r.a berkata, Rasulullah SAW keluar pada hari Aidiladha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu Baginda melalui para wanita seraya bersabda:

“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka.”

Di dalam riwayat yang lain Baginda bersabda:
“Bersedekahlah kamu sekalian dan perbanyakkanlah beristighfar!
Mereka bertanya: “Kerana apa wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda lagi: “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari  keluarga (suami). Aku tidak melihat wanita yang kurang akal dan dinnya dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang lelaki yang teguh hatinya.”
Mereka bertanya: “Apakah kekurangan din dan akal kami wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?”
Dan bukankah apabilah haid, dia tidak boleh solat dan puasa?”
Mereka menjawab: “ Benar ya Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Maka begitulah di antara kekurangan akal dan dinnya.”

Islam yang hanif memandang masing-masing di antara lelaki dan wanita sebagai pasangan yang keduanya berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari sisi nilai kemanusiaannya.
Yang menjadi ukuran di sisi Allah SWT adalah amal soleh. Allah juga menjelaskan bahawa wanita dan lelaki mempunyai tugasan masing-masing yang dituntut untuk melaksanakannnya.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka dan jangan pula wanita (mengolok-olokkan) wanita yang lain, kerana boleh jadi wanita (yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka, dan janganlah mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.” (Al-Hujurat:11)

Ini kerana Allah membebankan tanggungjawab perbuatannya kepada setiap lelaki dan wanita. FirmanNya:
“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (At-Tur:21)

Islam memandang sama rata antara lelaki dan wanita dalam nilai kemanusiaan. Masing-masing berhak mendapat perlindungan jiwa, kehormatan, harta dan kebebasan.

Tetapi sebagaimana yang sudah kita maklum, kita dapati bahawa ilmu telah menetapkan susunan tubuh wanita dan lelaki yang berbeza. Tatkala janin mulai tumbuh, dua jenis ini sudah berbeza pertumbuhannya. Akhirnya kita dapati susunan dari wanita dilihat dari bentuk fizikalnya telah dipersiapkan sedemikan rupa untuk mengandung, melahirkan dan menyusui.

Sedangkan tentang susunan kejiwaan wanita, kita mendapati di dalamnya terdapat perasaan yangsensitif, kelembutan rasa, tindakan yang tekun dan mudah terganggu emosinya.

Sumbernya adalah pengaruh di segi perasaan terhadap jiwa yang mana membuatkan kesesuaian kewujudan wanita sebagai ibu kerana sifat keibuan tidak memerlukan pemikiran, tetapi ia berasaskan perasaan yang bergelora dan kasih sayang yang teramat lembut.

Kerana Islam melihat kuatnya pengaruh perasaan pada diri wanita, maka Islam menganggap kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki oleh sebab wanita dikuasai naluri perasaan dan cepat beremosi. Kerana kekurangan itu, maka dituntut bantuan orang lain yang menyertainya.

Kita kembali kepada wasiat Rasulullah tadi, di mana para wanita tertanya-tanya mengapa jadinya begitu? Dan jawapan Baginda adalah “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga.”

“Mengingkari keluarga” ertinya mengingkari hak suami. Mentaati suami termasuk hal yang wajib. Hal ini dapat dilakukan dengan memenuhi kemahuannya dalam hal yang makruf, melaksanakan apa yang diperintahkannya, tidak memancing kemarahannya, tidak mencari-cari alasan untuk menolak haknya dan berusaha mendapatkan kasih-sayangnya dengan selalu berwajah ceria. Berkat ilmu Allah yang azali, wanita akan mendapatkan dua hal yang boleh dijadikan sebagai jalan keselamatan iaitu dengan bersedekah dan perbanyakkan istighfar.

Nabi SAW bersabda lagi: “Hendaklah salah seorang  seorang di antara kamu menjaga wajahnya dari api neraka walau hanya dengan sedekah separuh kurma.

Bahkan kata-kata yang baik dan manis yang keluar dari mulut kita, kita katakan kepada suami atau anak-anak kita, sudah ditulis sebagai sedekah di sisi Allah SWT. Wajah berseri yang menghias wajah wanita muslimah juga dicatat sebagai sedekah.

Rasulullah SAW juga menyeru kita agar memperbanyakkan istighfar, yakni meminta maghfirah atau ampunan daripada Allah, dijauhkan dosa dan aib, dalam pengertian taubat secara kukuh.

“Maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia adalah Penerima taubat” (An-Nashr:3)

Al-Hasan al-Basri r.a juga berkata:
“Perbanyaklah istighfar di rumahmu, di majlismu, di pasarmu dan di jalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.”

Sebaik-baik istighfar kepada Allah yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita adalah penghulu istighfar. InsyaAllah, harapnya sahabat semua sudah sedia maklum dengan lafaz penghulu istighfar.

Sahabat-sahabat semua, jika kita istiqamah membaca al-ma’thurat, penghulu istighfar terkandung di dalamnya, jadi jangan tinggalkan membaca ma’thurat walaupun sehari kerana ianya mempunyai manfaat yang cukup banyak buat kita.
Baginda bersabda:

“Barangsiapa mengucapkannya dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia menyakininya, lalu dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni syurga.”

Para ulama berkata:
“Kerana doa ini memadukan semua makna taubat, maka doa ini disebut sayyid. Erti pokoknya adalah pemimpin yang semua keperluan diarahkan kepadanya dan segala urusan dikembalikan kepadanya.”

Begitu besarnya impak atau pentingnya sayyidul istighfar kepada kita sebagai hambaNya di muka bumi ini. Hasbiyallahu wa nikmal wakiil.

Ingatlah sahabat muslimah semua, dua hal yang dapat menyelamatkan kita daripada panas api neraka, iaitu perbanyakkan beristighfar dan bersedekahlah walaupun sedikit, asalkan niat kita sampai kepadaNya.

Kesimpulannya, buat ukhti muslimah, jadilah kita sebenar-benarnya solehah di sisi Allah SWT, ameen..
Assalamualaikum wbt.





Jika Belum Siap, Diamkanlah...

on Saturday, November 13, 2010
Assalamualaikum wbt..salam sejahtera buat semua, kali ini ana ingin berkongsi post yang cukup bagus  untuk kita sebagai remaja semua agar kita tidak terlalu keterlaluan dalam mencintai seseorang. Ana cukup tertarik dan faham dengan mesej daripada motivasi ini, berdiam diri itu adalah yang terbaik kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui...:-) :-)



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, 
cukup cintai ia dalam diam,
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya 
menjalin hubungan yang terlarang,
 kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya...

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu...



Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah 
juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...


Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan, kekuatan harapan ...



Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu 
menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu 
dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...



Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan 
harapan hamba yang berharap padanya ?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki 
kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...



Jika dia memang bukan milikmu, ingatlah Allah, 

melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' 
itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri 
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...



Kepastian

on Wednesday, November 3, 2010
Ya Allah..dugaan ini benar-benar menguji hatiku..namun aku bersyukur kerana aku tahu ini yang terbaik buatku..UjianMu perit, pahit ubatnya namun terasa manis saat meresap di hati ini..
Ya Allah...kuatkan hatiku, pendirianku dalam menggapai cintaMu..ameen..
Ya Allah..berikan daku secebis keinsafan, anugerahkan hambaMu yang kerdil ini hidayahMu, 
layarkan aku ke arah cintaMu..Kerana ku yakin janjiMu, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan, ku yakin ya Allah, Hasbunallhu wa nikmaal wakiil..
Hanya padaMu..selamanya....


Ujian Tuhan kepada semua insan

Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan 
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan 
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah