Terkadang Hati Berbicara....

on Friday, July 8, 2011


ولو انت عملتها بعد ما انا اطلبها يبقى مينفعش
فى حاجات تتحس ومتتقالش توجع فى القلب ومبتبانش
وافضل علطول تعبانه مابين طب اقولك ولا مقولكش

مقدرش اقولك غير كل طريقة حبك ليا
او غير عليا ولا فجأنى فى مرة وهاتلى هديه
الا عنيا بعمل حاجه انا مش عارفاها

مقدرش اقولك حلى الدنيا فى عينى وغير فيا
لو مهما كنت قريب منى وكنت قريب ليا
مقدرش اقولك شكل حياتنا اللى اانا عيزاها
اعرف لوحدك شكل حياتنا اللى انا عيزاها

اوقات بيبان انى سكت وهديت ورضيت واتعودت
مش معنى كده انك علطول تحسبنى انى استسلمت
وساعات بتحس انى زهقت مع انى بخبى انى تعبت
متوصلنيش ياحبيبى اقول ده ياريتنى اتكلمت


There are things that are felt and not spoken, and when I want to ask for them I cant
And if you do them after I ask for them, then there’s no use
There are things that are felt and not spoken, that hurt that heart but don’t show
And I stay tired all the time, between telling you or not saying a word

Sometimes it appears that I have stayed quiet and calmed down, pleased, and gotten used to it
This doesn’t mean that you think I have given up
And sometine you feel that I have gotten bored of this, though im just hiding the tiredness



~ alhamdulillah... Dia lah sahabat dan pendengar setia tatkala seluruh isi dunia ini tidak mahu mendengar keluahan kita....
~ jangan sesekali tidak mempedulikan Dia bila kau merasa gembira dengan nikmat dunia ini....
~ kita kena sentiasa berbicara denganNya dan mengucapkan syukur tak kira dalam gembira atau pun sedih...seperti mana kita mahu Dia sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan kita...Dia tidak akan menghampakan hambaNya yang sentiasa ingatkanNya dalam setiap keadaan...
~ Duhai hati ini...jangan kau sedih bila tiada teman yang mahu fahami dirimu...jangan kau gusar, jika tiada teman ingin dengar dan bersama dirimu bila kau susah...Dia ada selalu memerhatikan dirimu....dekati dirimu padaNya...insya Allah...hilang segala kesedihan, kesusahan, kepayahan....
~ bentangkan sejadah iman di malam hari.....sejukkan anggota mu dengan air wudu'....menghadap la Dia di sepertiga malam....merintih la....Dia sentiasa Baqo' yang akan mendengar...

~ Don't be sad...'La Tahzan inna Allah ma antum'...


Biar kau sendiri di dunia ini, di akhirat pasti Dia bersamamu...La Tahzan..




Mahabbah

on Tuesday, June 28, 2011



Cinta menuju jalan Illahi
Cinta haqiqi yang amat suci
Tenang terasa...rindu padaNya
Bila mendapat siraman hidayah

Lisan bertasbih...berzikir dengan ma'arifah
Taubat menyusul memohon maaf padaNya
Menyesali...menyesal...menyesal
atas dosa-dosa

Jiwa insani hidup bernadi
Tulus sejernih embun syurgawi
Saat melakar cinta sejati
Allah disembah sering diingati

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

Kesunyian jiwa...kegersangan iman...
Kehilangan bahagia...sesat di persimpangan
Pengajaran bayangan seksa dunia

Kembali...kembali...kembalilah...
pada Allah
Carilah...carilah...carilah...
CintaNya

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Kembali...kembali...kembalilah...pada Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

Wasiat Rasulullah SAW Buat Muslimah

Alhamdulillah, ana baru sahaja habis membaca buku kegemaran ana buat kali yang ke-4. Ana suka sangat buku ini kerana ianya mempunyai banyak peringatan buat ana dan muslimat yang lain, agar kita sentiasa peka dengan sunnah Rasullulah SAW. InsyaAllah, mulai hari ini ana akan isikan blog ana dengan intipati daripada buku yang ana baca kerana ilmu yang kita dapat haruslah dikongsi, ada keberkatan di sebaliknya. Daripada ana isikan blog ana dengan perkara-perkara yang melaghakan, lebih baik ianya dipenuhi dengan pesanan dan wasiat daripada kekasih Allah SWT.

Buku yang ana maksudkan itu adalah buku yang bertajuk “50 WASIAT  RASULULLAH UNTUK WANITA” oleh MAJDI AS-SAYYID IBRAHIM. Ana ingin meminta izin untuk menulis kembali sedikit sebanyak apa pengajaran dan peringatan yang ana dapat daripada pembacaan ana selama ini, dengan niat semoga pembaca blog ana juga dapat mengambil wasiat Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan hidup kita sehari-hari. Banyakkanlah berdoa agar segala apa yang kita lakukan dalam hidup kita adalah dalam keberkatanNya, insyaAllah.

Baiklah, ana mulakan tazkirah daripada buku ini dengan wasiat pertama daripada Baginda yang bertajuk:

1.  SELAMATKAN DIRI DARI API NERAKA
Pengajaran penting daripada wasiat yang pertama ini adalah antara amalan yang dapat menyelamatkan kita daripada panasnya api neraka iaitu dengan perbanyakkan istighfar dan bersedekah.
Dari Abu Sa’id r.a berkata, Rasulullah SAW keluar pada hari Aidiladha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu Baginda melalui para wanita seraya bersabda:

“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka.”

Di dalam riwayat yang lain Baginda bersabda:
“Bersedekahlah kamu sekalian dan perbanyakkanlah beristighfar!
Mereka bertanya: “Kerana apa wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda lagi: “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari  keluarga (suami). Aku tidak melihat wanita yang kurang akal dan dinnya dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang lelaki yang teguh hatinya.”
Mereka bertanya: “Apakah kekurangan din dan akal kami wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?”
Dan bukankah apabilah haid, dia tidak boleh solat dan puasa?”
Mereka menjawab: “ Benar ya Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Maka begitulah di antara kekurangan akal dan dinnya.”

Islam yang hanif memandang masing-masing di antara lelaki dan wanita sebagai pasangan yang keduanya berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari sisi nilai kemanusiaannya.
Yang menjadi ukuran di sisi Allah SWT adalah amal soleh. Allah juga menjelaskan bahawa wanita dan lelaki mempunyai tugasan masing-masing yang dituntut untuk melaksanakannnya.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka dan jangan pula wanita (mengolok-olokkan) wanita yang lain, kerana boleh jadi wanita (yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka, dan janganlah mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.” (Al-Hujurat:11)

Ini kerana Allah membebankan tanggungjawab perbuatannya kepada setiap lelaki dan wanita. FirmanNya:
“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (At-Tur:21)

Islam memandang sama rata antara lelaki dan wanita dalam nilai kemanusiaan. Masing-masing berhak mendapat perlindungan jiwa, kehormatan, harta dan kebebasan.

Tetapi sebagaimana yang sudah kita maklum, kita dapati bahawa ilmu telah menetapkan susunan tubuh wanita dan lelaki yang berbeza. Tatkala janin mulai tumbuh, dua jenis ini sudah berbeza pertumbuhannya. Akhirnya kita dapati susunan dari wanita dilihat dari bentuk fizikalnya telah dipersiapkan sedemikan rupa untuk mengandung, melahirkan dan menyusui.

Sedangkan tentang susunan kejiwaan wanita, kita mendapati di dalamnya terdapat perasaan yangsensitif, kelembutan rasa, tindakan yang tekun dan mudah terganggu emosinya.

Sumbernya adalah pengaruh di segi perasaan terhadap jiwa yang mana membuatkan kesesuaian kewujudan wanita sebagai ibu kerana sifat keibuan tidak memerlukan pemikiran, tetapi ia berasaskan perasaan yang bergelora dan kasih sayang yang teramat lembut.

Kerana Islam melihat kuatnya pengaruh perasaan pada diri wanita, maka Islam menganggap kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki oleh sebab wanita dikuasai naluri perasaan dan cepat beremosi. Kerana kekurangan itu, maka dituntut bantuan orang lain yang menyertainya.

Kita kembali kepada wasiat Rasulullah tadi, di mana para wanita tertanya-tanya mengapa jadinya begitu? Dan jawapan Baginda adalah “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga.”

“Mengingkari keluarga” ertinya mengingkari hak suami. Mentaati suami termasuk hal yang wajib. Hal ini dapat dilakukan dengan memenuhi kemahuannya dalam hal yang makruf, melaksanakan apa yang diperintahkannya, tidak memancing kemarahannya, tidak mencari-cari alasan untuk menolak haknya dan berusaha mendapatkan kasih-sayangnya dengan selalu berwajah ceria. Berkat ilmu Allah yang azali, wanita akan mendapatkan dua hal yang boleh dijadikan sebagai jalan keselamatan iaitu dengan bersedekah dan perbanyakkan istighfar.

Nabi SAW bersabda lagi: “Hendaklah salah seorang  seorang di antara kamu menjaga wajahnya dari api neraka walau hanya dengan sedekah separuh kurma.

Bahkan kata-kata yang baik dan manis yang keluar dari mulut kita, kita katakan kepada suami atau anak-anak kita, sudah ditulis sebagai sedekah di sisi Allah SWT. Wajah berseri yang menghias wajah wanita muslimah juga dicatat sebagai sedekah.

Rasulullah SAW juga menyeru kita agar memperbanyakkan istighfar, yakni meminta maghfirah atau ampunan daripada Allah, dijauhkan dosa dan aib, dalam pengertian taubat secara kukuh.

“Maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia adalah Penerima taubat” (An-Nashr:3)

Al-Hasan al-Basri r.a juga berkata:
“Perbanyaklah istighfar di rumahmu, di majlismu, di pasarmu dan di jalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.”

Sebaik-baik istighfar kepada Allah yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita adalah penghulu istighfar. InsyaAllah, harapnya sahabat semua sudah sedia maklum dengan lafaz penghulu istighfar.

Sahabat-sahabat semua, jika kita istiqamah membaca al-ma’thurat, penghulu istighfar terkandung di dalamnya, jadi jangan tinggalkan membaca ma’thurat walaupun sehari kerana ianya mempunyai manfaat yang cukup banyak buat kita.
Baginda bersabda:

“Barangsiapa mengucapkannya dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia menyakininya, lalu dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni syurga.”

Para ulama berkata:
“Kerana doa ini memadukan semua makna taubat, maka doa ini disebut sayyid. Erti pokoknya adalah pemimpin yang semua keperluan diarahkan kepadanya dan segala urusan dikembalikan kepadanya.”

Begitu besarnya impak atau pentingnya sayyidul istighfar kepada kita sebagai hambaNya di muka bumi ini. Hasbiyallahu wa nikmal wakiil.

Ingatlah sahabat muslimah semua, dua hal yang dapat menyelamatkan kita daripada panas api neraka, iaitu perbanyakkan beristighfar dan bersedekahlah walaupun sedikit, asalkan niat kita sampai kepadaNya.

Kesimpulannya, buat ukhti muslimah, jadilah kita sebenar-benarnya solehah di sisi Allah SWT, ameen..
Assalamualaikum wbt.