The Beginning Of My Tafakur

on Tuesday, October 12, 2010

Bismillahirrahmanirrahim…Heningnya pagi ini, suasana sepi membisu, setenang dan segirang alam yang sentiasa dirahmatiNya, ameen..Lantas fikiran dan hati yang penuh dosa ini terfikir..Mengapakah diri ini selalu memikirkan cinta manusia sedangkan cinta Allah setia menanti? Ya Allah, ampunilah diriku, tenangkanlah diriku, aku yakin segala ketentuan adalah padaMu.. Segala yang Kau takdirkan pasti ada hikmah yang terbaik dariMu.

Jangan risau, serahkan segala padaNya, yang penting tetapkah hati dan cinta padaNya kerana cintaNya sentiasa ada untuk kita, hanya kita yang seringkali terleka dibuai cinta duniawi..penat, gelisah, terseksa..akibat cinta duniwi telah ku rasa, kini ku mengerti kenapa kau haramkan cinta sebelum nikah..alhamdulillah ya Allah atas petunjukMu..aku kini terasa lebih tenang dan kuat dengan cintaMu..

Memang fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai..memang fitrah wanita ingin menjadi seorang isteri dan seorang ibu, ana tak nafikan ana ingin sekali mencapai tahap itu, namun ana harus muhasabah diri ini selalu, supaya tidak lalai dalam mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, iaitu “thumul amal”, angan-angan yang masih jauh untuk dicapai..

Kerana mungkin juga ana akan pergi meninggalkan dunia ini sebelum dapat menjadi seorang isteri atau ibu.. Jadi, ana harus bersedia untuk sesuatu yang pasti terjadi, iaitu MATI.. bila-bila masa sahaja ana boleh pergi meninggalkan dunia ini, mungkin juga selepas siap menulis post kali ini..Maut sentiasa menjenguk kita, saban hari, dan setiap detik kita di dunia ini.. Hitunglah amalan kita, adakah sudah cukup untuk bertemu denganNya..

Ya Allah, jangan Kau biarkan hati dan diri ini hanyut lagi dengan cinta duniawi setelah Kau berikan petunjuk kepadaku..tetapkanlah hati ini hanya untuk mencintaiMu..dan bukakanlah kembali hatiku untuk menerima cinta insan yang telah Kau takdirkan untukku, yang benar-benar mencintaiku keranaMu..Segala mehnah ujian cinta manusia akan ku tepis, hati ini sudah terasa penat, jua terasa amat kosong..apabila terlalai, terleka dengan cinta manusia..

Ya Allah, Kau jagalah hati ini, jagalah iman ini..agar tidak lagi terpedaya dengan hasutan syaitan yang mengarah aku kepada penzinaan, maksiat, cinta sebelum akad, dan yang amat aku harapkan, jagalah hati ini untuk diserahkan kepada insan yang benar-benar berhak memiliku..ameen..

Alhamdulillah..today is the “Beginning of My Tafakkur”, insyaAllah hati ini akan kuat, ameen..Ya Allah, bimbinglah diriku ini ya Allah, jauhkan hatiku daripada terpaut kepada segala cinta lelaki yang tidak halal untukku, teguhkan aku hanya untuk mencintaiMu..ameen..Ku harap tiada lagi cinta insan yang akan terpaut pada hatiku melainkan dia adalah takdirku..ya Allah, ampunkanlah aku yang terleka mencari cinta insani selama ini..aku bertaubat kepadaMu ya Allah..

Hanya satu yang ku pinta…jika mati itu lebih baik untukku…temukan aku denganMu ya Allah…namun matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadaMu..alhamdulillah, tenangkanlah hatiku, bantulah aku yang kerdil lagi hina ini ya Allah.. ameen ya Rabbal Alamin.


Sayyidul Istighfar

0 comments:

Post a Comment