Jika Belum Siap, Diamkanlah...

on Saturday, November 13, 2010
Assalamualaikum wbt..salam sejahtera buat semua, kali ini ana ingin berkongsi post yang cukup bagus  untuk kita sebagai remaja semua agar kita tidak terlalu keterlaluan dalam mencintai seseorang. Ana cukup tertarik dan faham dengan mesej daripada motivasi ini, berdiam diri itu adalah yang terbaik kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui...:-) :-)



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, 
cukup cintai ia dalam diam,
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya 
menjalin hubungan yang terlarang,
 kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya...

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu...



Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah 
juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...


Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan, kekuatan harapan ...



Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu 
menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu 
dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...



Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan 
harapan hamba yang berharap padanya ?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki 
kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...



Jika dia memang bukan milikmu, ingatlah Allah, 

melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' 
itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri 
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...



Kepastian

on Wednesday, November 3, 2010
Ya Allah..dugaan ini benar-benar menguji hatiku..namun aku bersyukur kerana aku tahu ini yang terbaik buatku..UjianMu perit, pahit ubatnya namun terasa manis saat meresap di hati ini..
Ya Allah...kuatkan hatiku, pendirianku dalam menggapai cintaMu..ameen..
Ya Allah..berikan daku secebis keinsafan, anugerahkan hambaMu yang kerdil ini hidayahMu, 
layarkan aku ke arah cintaMu..Kerana ku yakin janjiMu, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan, ku yakin ya Allah, Hasbunallhu wa nikmaal wakiil..
Hanya padaMu..selamanya....


Ujian Tuhan kepada semua insan

Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan 
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan 
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah




Melakar Cita Cinta

on Sunday, October 24, 2010
Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, syukur ya Allah Kau masih memberi aku nikmat nyawa pada hari ini.

Semalam ana termimpi sesuatu yang membuatkan ana cukup sedar dengan kasih-sayang Allah, Khaliq kita. Mimpi itu juga membuatkan ana tekad untuk mengubah diri ana, sesungguhnya akhiratlah destinasi seterusnya buat ana, bukan ana saja..tetapi buat kita semua. Jadi untuk sampai ke destinasi tersebut, haruslah sediakan bekalan yang mencukupi kerana destinasi tersebut memerlukan kita membawa bekalan yang akan menentukan kehidupan di sana.

Ya Allah...terimalah taubatku ini..semoga penghijrahan kali ini benar-benar mengubah pendirianku, ameen..Izinkan aku bermusafir di bumiMu ya Allah, akan ku kutip sebanyak mungkin pengalaman, akan ku hirup sebanyak mungkin ilmuMu..moga aku dapat menjadi hamba yang Kau redhai..berikan daku kekuatan untuk berdikari, kerana aku tahu Kau sentiasa ada di sampingku.

Mulai hari ini, ana membulatkan tekad, ada cita dan cinta yang ingin ana capai, semoga Allah sentiasa membantu ana dalam mencapai impian tersebut demi cintaNya. Bukan niat untuk berkongsi dengan semua orang, tetapi ana harus tulis supaya setiap hari ana mengingati bahawa ana ingin menuju ke arah itu, insyaAllah..

Perancangan 10 tahun akan datang: (InsyaAllah andai umur masih dikandung badan)

(21)---2010---> Still studying
(22)---2011---> Still studying
(23)---2012---> Grad & keje
(24)---2013---> Keje, kumpul duit
(25)---2014---> Kalau cukup duit dan cukup persediaan rohani, akan ke Jordan
(26)---2015---> Bermusafir di Jordan & apply keje
(27)---2016---> Bermusafir di Mekah dan Madinah
(28)---2017---> Balik Malaysia, jumpa ummi & family
(29)---2018---> Kalau ada jodoh drp Allah, terima untuk lebih beribadat kpdNya
(30)---2019---> Bawa ummi naik haji, ameen
(31)---2010---> Jika Allah izinkan, ku ingin ke bumi Palestin, ameen...ada cita tertinggiku di sana, moga 
Allah perkenankan..:-)

Ya Allah, bawa daku ke sana..ameen..


Moga ketenanganku tercapai..

Jordan, wait for me...
Subhanallah..

I'll be with u for Allah & Islam
ALLAHU AKBAR!!


Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Namun ya Allah, daku minta keizinan dan kekuatan daripadaMu, bantulah aku mencapai cita dan cintaku ini, hanya padaMu ya Allah, hanya keranaMu, ameen...:-)

Langkah Tercipta ~ Tafakur

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...



******


Semalam aku kelukaan,

kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu, 
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.




Ya Allah..hanya padaMu ku pasrahkan segala, berikan petunjuk dan hidayahMu ya Allah, hambaMu ini berasa sangat tidak berdaya...aku lemah..luputkanlah ingatanku kepada yang semua terjadi, aku tak mampu lagi bertahan...hari-hariku terasa suram......;-( kuatkan aku ya Allah...;-(

Tips Meraih Cinta Allah

on Tuesday, October 19, 2010
Assalamualaikum wbt...syukur padaMu ya Allah..banyaknya dugaan dalam hidup ini, aku tahu dugaan ini adalah nikmat daripadaMu jua, alhamdulillah..ya Allah, jangan tinggalkan aku keseorangan, sesungguhnya aku insan yang amat lemah tanpa cintaMu..bantu aku yang kian buntu ini ya Allah..hanya padaMu aku mengharap..

Antara tips untuk meraih cinta Allah, pesanan buat sahabat2 dan terutama diri ana yang berdosa ini..                            

1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.

3. Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.

4. Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan.

5. Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.

6. Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.

7. Sentiasa tawadduk (rendah diri) kepada Allah.

8. Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNya.

9. Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah SWT..

Kini Ku Mengerti Ya Allah, Alhamdulillah..

on Sunday, October 17, 2010
Jangan risaukan jodoh, ianya rahsia Allah...

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..



Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.


Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi? "Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” 

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang  curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.

Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha…"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia..

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.... 

Alhamdulillah, nasihat ini benar-benar telah membuka hati ana, mata ana...ana rasa sangat tenang…Allah jauhkan ana drp cinta manusia, drp cinta lelaki yg tidak halal bagi ana, walaupun caranya mungkin sedikit perit, tapi banyak hikmah yang terkandung di dalamnya..


Yakinlah Allah jauhkan kita kerana dia sayangkan kita, Dia tak mahu kita terus terleka..:-) insyaAllah, ana tak akan bercinta lagi, kecuali dengan suami ana, jodoh yang Allah tentukan. Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat kita..syukur ya Allah…tenang hatiku ini..

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.


Jadilah sebenar-benar wanita solehah, cinta utamanya hanya kepada Allah.

Sadness~~

on Saturday, October 16, 2010


Every time you feel like you cannot go on 
You feel so lost and 
That you're so alone 
All you see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair n' never loose hope 
Cos' Allah is always by your side 

Insha Allah...

Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah...

Every time you commit one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that it's why too late 
You’re so confused, 
Wrong decisions you have made 
Hunt your mind and your heart is full of shame 
Don’t despair and never loose hope 
Cos' Allah is always by your side 

Insha Allah...

Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah..

Insha Allah you’ll find your way 
Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh 
Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way...

Insha Allah...

Insha Allah we’ll find our way


Ya Allah, bantulah aku..aku terasa sangat buntu..
Aku amat rindukanMu...
Ya Allah, teguhkan imanku, ameen...