Ahlan ya Ramadhan

on Thursday, August 12, 2010

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilllah, syukur ya Allah..3 Ramadhan 1431, hari ini masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semoga amalan kita semua bertambah hendaknya, insyaAllah. Di kesempatan ini, marilah kita semua berlumba-lumba untuk mendapat keberkatan sempena bulan yang mulia ini, kita cuba berusaha mencari keampunan Allah dan mendapat cintaNya, ameen. Di sini, ana ingin kongsikan amalan utama yang kita harus lakukan sepanjang Ramadhan ini, insyaAllah.


1.Memperbanyakkan amal ibadat dalam bulan Ramadhan dan juga memperbanyakkan bertahlil dengan menyebut

 ﻻَ إِلـٰهَ إِﻻَّ الله ُ.


2. Memperbanyakkan beristighfar kepada Allah dalam bulan ini dan juga bertaubat atas segala dosa yang dilakukan.

اَسْتغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ  وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ

Penghulu Istighfar: 

اَللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إَلهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِى، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إَلاَّ أَنْتَ


Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, aku tetap pada ikatanMu dan janjiMu selagi aku mampu. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui dengan nikmatMu kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampuni aku. Tiada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau.




3. Banyakkan doa memohon agar Allah memasukkan kita ke syurgaNya dan juga doa agar dijauhkan daripada azab nerakaNya yang pedih.

اللَّهُمَّ إَنَّا نَسْْألُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَ النَّارِ


Aku memohon keredhaanMu dan Syurga Mu dan aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan nerakaMu.

.


4. Menjamu orang berbuka puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan yang digandakan pahala kebajikan yang dilakukan.



5. Menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti sunat Terawih dan qiamullail kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal soleh) sepenuh keimanan dan mengharapkan pahala maka akan diampuni baginya dosa yang telah lalu.

Menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya :

a. Mengikut pendapat as-Syaukani : ialah dengan sembahyang atau semata-mata sembahyang yang memberi maksud menghidupkan malam dengan beramal malam (qiamullail).

b. Mengikut pendapat imam Nawawi pula : menghidupkan malam-malam Ramadhan berhasil dengan solat sunat Terawih kerana qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan solat sunat Terawih.

Semoga kita dapat kuatkan iman dan hati dalam beribadat kepada Yang Satu, ameen. 

Fitratul wahid

Assalamualaikum wbt..
Syukur Alhamdulillah, ku sujud agung kudrat-Mu ya Allah yg memberikan nikmat terbesar dlm hidupku, iaitu nikmat ISLAM & IMAN..syukur kpdMu ya Allah.
Ini sebenarnya bukanlah blog pertama ana, ni blog kedua ana..sekadar ingin menulis untuk diri ana sendiri, memberi peringatan buat diri ana sendiri sebagai seorang muslimah di muka bumi ini..Jika ada yang terbaca, jadikanlah apa sahaja kebaikan atau nasihat dalam blog ana ni sebagai peringatan buat diri kita, dan jika ada pula keburukan, jadikanlah sempadan, kerana ana juga insan biasa, seringkali melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tidak, maafkanlah diri ini.
Blog pertama ana sangat formal bagi ana, kerana di medium sana ana kumpulkan tazkirah untuk perkongsian semua. Jadi di blog kedua ana ni, ana sekadar ingin bercerita tentang hidup ana. Semoga dapat jadikan ikhtibar, insyaAllah. Blog ini akan ana teruskan sehingga ana berkeluarga nanti, insyaAllah.
Juga buat sesiapa yang menyayangi ana, jika suatu hari nanti ana pergi menghadap Ilahi, tataplah blog ini sebagai kenangan daripada ana dan doakanlah ana diredhaiNya. Jika ada harapan atau impian ana yang tidak kesampaian yang ana titipkan di blog ini, doakanlah jiwa ini aman tenteram di sisiNya kerana bila-bila masa sahaja ana akan pergi bertemu Kekasih Mutlak ana, Allah SWT. 
Pesanan buat kaum ana, hawa...kita digelar sbg penyeri dunia, maka indahkanlah akhlak kita dengan sifat-sifat terbaik sbg benteng diri kita, insyaAllah.
Ana berharap sangat dapat menjadi seorang wanita solehah di sisiNya dan juga impian yang agar tinggi untuk ana capai adalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah, penenang jiwa suami, menjadi sayap kiri perjuangan suami untuk agama, & seorang ibu mithali, memberi didikan kepada anak-anak yang bakal menyambung perjuangan Islam nanti, insyaAllah. 
Tetapi terkadang diri ana bertanya, layakkah ana? hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat ana. Ana hanya mampu berdoa dan yakin kepadaNya. Hanya Dia yang mampu menentukan segalanya.
Ana tahu ana banyak berbuat dosa, sering buat apa yg dilarangNya, tp ana xmampu tipu diri ana bila fitrah sbg srg insan di dunia ini hadir pada diri ini, ingin dicintai dan mencintai, mengingati & diingati. Tapi ana sgt mengharapkan Allah pelihara rasa cinta ini supay tidak melebihi cinta ana kepada-Nya, Allah tetap cinta Teragung ana. Ana juga sentiasa mendoakan agar Allah meredhai ana, kerana  Allah tahu apa yg ada di sudut hati hamba-Nya, Dia tahu. 
Dia yg menghadirkan perasaan ini kepada diri ana. Seringkali juga ana ingin hapuskan perasaan tersebut dalam diri ini, tapi ana xmampu. ana hanya mampu berdoa agar Allah memberkati & melindungi perasaan ini drp bisikan syaitan laknatulallah, ameen. Moga perasaan ini akan menjadi satu pahala bila sampai masanya nnti, insyaAllah..
Akhir kata buat pengenalan kepada blog kedua ana ni, ana ingin mengajak sahabat semua, marilah sama-sama kita kembali kepada perintahNya, jangan terlalu leka dengan dunia ini, kerana bila-bila sahaja kita akan kembali kepada Allah buat selamanya, dunia ini hanya sementara. Terasa amat kerdil sebagai hambaNya yg selalu berbuat dosa, ya Allah..ampunilah daku, terimalah taubatku ini, ameen..
Selamat membaca & berfikir..
Wallahualam..
KU INGIN MENJADI SEINDAH BIDADARI SOLEHAH YANG DEKAT DI SISINYA, AMEEN...