Fitratul wahid

on Thursday, August 12, 2010
Assalamualaikum wbt..
Syukur Alhamdulillah, ku sujud agung kudrat-Mu ya Allah yg memberikan nikmat terbesar dlm hidupku, iaitu nikmat ISLAM & IMAN..syukur kpdMu ya Allah.
Ini sebenarnya bukanlah blog pertama ana, ni blog kedua ana..sekadar ingin menulis untuk diri ana sendiri, memberi peringatan buat diri ana sendiri sebagai seorang muslimah di muka bumi ini..Jika ada yang terbaca, jadikanlah apa sahaja kebaikan atau nasihat dalam blog ana ni sebagai peringatan buat diri kita, dan jika ada pula keburukan, jadikanlah sempadan, kerana ana juga insan biasa, seringkali melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau tidak, maafkanlah diri ini.
Blog pertama ana sangat formal bagi ana, kerana di medium sana ana kumpulkan tazkirah untuk perkongsian semua. Jadi di blog kedua ana ni, ana sekadar ingin bercerita tentang hidup ana. Semoga dapat jadikan ikhtibar, insyaAllah. Blog ini akan ana teruskan sehingga ana berkeluarga nanti, insyaAllah.
Juga buat sesiapa yang menyayangi ana, jika suatu hari nanti ana pergi menghadap Ilahi, tataplah blog ini sebagai kenangan daripada ana dan doakanlah ana diredhaiNya. Jika ada harapan atau impian ana yang tidak kesampaian yang ana titipkan di blog ini, doakanlah jiwa ini aman tenteram di sisiNya kerana bila-bila masa sahaja ana akan pergi bertemu Kekasih Mutlak ana, Allah SWT. 
Pesanan buat kaum ana, hawa...kita digelar sbg penyeri dunia, maka indahkanlah akhlak kita dengan sifat-sifat terbaik sbg benteng diri kita, insyaAllah.
Ana berharap sangat dapat menjadi seorang wanita solehah di sisiNya dan juga impian yang agar tinggi untuk ana capai adalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah, penenang jiwa suami, menjadi sayap kiri perjuangan suami untuk agama, & seorang ibu mithali, memberi didikan kepada anak-anak yang bakal menyambung perjuangan Islam nanti, insyaAllah. 
Tetapi terkadang diri ana bertanya, layakkah ana? hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat ana. Ana hanya mampu berdoa dan yakin kepadaNya. Hanya Dia yang mampu menentukan segalanya.
Ana tahu ana banyak berbuat dosa, sering buat apa yg dilarangNya, tp ana xmampu tipu diri ana bila fitrah sbg srg insan di dunia ini hadir pada diri ini, ingin dicintai dan mencintai, mengingati & diingati. Tapi ana sgt mengharapkan Allah pelihara rasa cinta ini supay tidak melebihi cinta ana kepada-Nya, Allah tetap cinta Teragung ana. Ana juga sentiasa mendoakan agar Allah meredhai ana, kerana  Allah tahu apa yg ada di sudut hati hamba-Nya, Dia tahu. 
Dia yg menghadirkan perasaan ini kepada diri ana. Seringkali juga ana ingin hapuskan perasaan tersebut dalam diri ini, tapi ana xmampu. ana hanya mampu berdoa agar Allah memberkati & melindungi perasaan ini drp bisikan syaitan laknatulallah, ameen. Moga perasaan ini akan menjadi satu pahala bila sampai masanya nnti, insyaAllah..
Akhir kata buat pengenalan kepada blog kedua ana ni, ana ingin mengajak sahabat semua, marilah sama-sama kita kembali kepada perintahNya, jangan terlalu leka dengan dunia ini, kerana bila-bila sahaja kita akan kembali kepada Allah buat selamanya, dunia ini hanya sementara. Terasa amat kerdil sebagai hambaNya yg selalu berbuat dosa, ya Allah..ampunilah daku, terimalah taubatku ini, ameen..
Selamat membaca & berfikir..
Wallahualam..
KU INGIN MENJADI SEINDAH BIDADARI SOLEHAH YANG DEKAT DI SISINYA, AMEEN...

0 comments:

Post a Comment