Pesanan Buat Hati

on Thursday, October 14, 2010

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kitapada masa akan datang..


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH... :-)

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL...

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita..

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH tidak akan menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Cinta kepada Allah itu tidak pernah silap dan tidak pernah mengecewakan..

Berjumpa dengan yang salah sebelum yang benar juga bukan kesilapan yang perlu dikesali...

Perbaiki diri, tingkatkan prestasi, kurangkan merapu...

Cintalah Allah Yang Maha Esa dan carilah pasangan yang betul selepas silap untuk dicintai dan mencintai..

Kenapa DIA sengaja? Kerana DIA tahu dimana lemah dan alpanya kita. Kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita sebelum kita menjadi kita. Kerana DIA Pencipta kita..Kerana DIA mengenali kita melebihi segala ciptaanNya mengenali kita termasuklah diri kita sendiri. Jika ingin dihitung kerana apa, memang tak terhitung banyaknya kerana sebabnya terlalu banyak.

Berfikirlah kenapa (dengan niat yang bertunjangkan iman), dan kita pasti lebihdekat denganNya. Kalaulah kita menghitung perkataan berfikir di dalam Quran, kita akan tahu betapa nikmat berfikir itu terlalu dekat denganjiwa seorang hamba yang memberi ni'mah 100% faedah kepada kita danbukan buatNya. Namun, jika sombong (tak berusaha untuk mencungkil cerita disebalik peristiwa), rugilah kita dengan penyesalan yang tiada akhirnya.

"Berfikir sesaat itu lebih baikdaripada beribadah sunat setahun." (Hadith Riwayat IbnuHibban)ALLAHu'alam...Mohon perbetul yang salah..

Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kamitelah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allahmengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahuiorang-orang yang dusta."

Surah Al-Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Imran ayat 139"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya),jika kamu orang-orang yang beriman.

InsyALLAH....Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang berlaku disebalik apa yang terjadi..

"Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar,sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan aku ini....baik untuk ku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukkudan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya...Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

ALHAMDULILLAH..SYUKUR YA ALLAH..:-)


0 comments:

Post a Comment